Sudah agak lama saya tinggal blog ni sampai dah bersesawang jadinyer.. Kadang-kadang bila datang mood malas tu memang susah nak dihalau ...hu hu.. Lagilah sekarang ni saya menghadapi masalah kulit muka yang agak teruk.Sekarang sedang mencari produk yang sesuai dengan kulit muka seiring dengan pertambahan usia.Semenjak dari usia remaja , saya tidak pernah menghadapi masalah kulit muka.Sekadar jerawat timbul sebiji dua sebelum period tu biasa la then 1 week after dah ok tanpa meninggalkan parut jerawat, Tetapi semenjak usia semakin bertambah ni, macam-macam masalah pulak ada.Kulit menjadi tidak sekata, kusam dan kadang-kadang rasa gatal-gatal pada kulit muka. Antara produk yang pernah saya cuba ialah Natasya set biasa dan gold, Bio Essence, Olay Total Effect , Safi , Safi gold dan CNI .Bila saya bertukar produk, satu bulan pertama nampak ok tetapi selepas dua tiga bulan mesti timbul masalah.Saya pun pelik kenapa jadi macam ni..Kulit muka saya jenis normal dan kadang-kadang sedikit kering.Waktu malam saya kurang pakai krim malam kerana saya lebih suka pakai bedak sejuk walaupun macam old fashioned tetapi sebelum ni kulit saya tidak banyak masalah.Tapi sekarang tone kulit macam tak sekata pulak...sedih nyer.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan