Resepi Ketupat Sotong
Resepi ketupat sotong asalnya dari negeri-negeri di pantai timur.Kalau kat pantai barat memang susah hendak tengok kecuali di bazaar Ramadhan dan di gerai masakan dari pantai timur sahaja.Memandangkan saya sekarang tinggal di pantai barat, jadi apabila teringin memang kena masak sendiri je la. biasanye apabila terjumpa sotong yang segar-segar je teringat buat ketupat sotong ni dan saiz sotong mesti yang sedang-sedang aje dan pada musim sotong bertelur...baru nampak cantik dan sedap di makan.Telur sotong tu yang buat rasa nyer lagi besh.....
Bahan-bahan :
12 ekor sotong sederhana saiz yang segar
sedikit beras pulut
Sedikit halia
Sedikit bawang merak yang dikisar
Sedikit santan
Sedikit garam
Sedikit lidi
Cara-caranya:
Bersihkan sotong dan toskan airnya. Beras pulut dibasuh.(Rendam terlebih dulu selama 3 jam). Masukkan beras pulut yang telah dibersihkan ke dalam badan sotong.Jangan terlalu penuh cukup 1/3 je dari saiz badan sotong dan klipkan dengan lidi supaya beras tidak keluar.Masukkan halia, bawang dan garam ke dalam santan.Masukkan sotong yang berisi beras pulut ke dalam bekas yang berisi santan tersebut dan kukuskan selama 45 minit hingga 1 jam atau sehingga beras pulut masak. Setelah masak , hidangkan bersama sos cili.Selamat mencuba....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan