Hari ini baru selesai membaca sebuah novel Norhayati Berahim bertajuk Terima Kasih Kekasih.Novel setebal 618 mukasurat ini berjaya di habiskan dalam masa lebih kurang satu minggu, hanya dibaca sebelum tidur sahaja.Keseluruhan cerita novel ini boleh dikategorikan menarik dan wataknya memang sesuai untuk golongan dewasa.
Watak utama, seorang gadis bernama Amna yang bekerja sebagai Pakar forensik, mempunyai seorang tunang bernama Imlan yang telah berubah kasih kepada insan lain, Zawani.Pertunangan mereka akhirnya putus dan Amna semakin rapat dengan sahabat bekas tunangnya Imlan iaitu Chril yang pernah menjadi buah hati sahabat baiknya sendiri iaitu Amy. Setelah kematian Amy, Chril terbuka hati untuk mendalami Islam dan akhirnya menjadi umat Nabi Muhammad dengan bantuan ayah Amna sendiri.Ketika Imlan akhirnya sedar siapa Zawani sebenarnya, Amna telah selamat menjadi seorang isteri kepada Chril...
Hidup ini penuh dengan dugaan, sesekali jatuh dan sesekali tersungkur.Namun dugaan itu yang mematangkan dirinya.Walau sakit kerana dikhianati....itulah takdir yang harus diterima dengan hati yang terbuka..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan