Sahabat

http://www.mybannermaker.com
Graphics

27 Jun 2010

Menantu Vs Mertua : Kisah 1

Aku  adalah  seorang  ibu  kepada  2  anak  yang  sedang  membesar, tinggal  bersama  keluarga  mertua  sebaik  sahaja  berkahwin. Walaupun  kami  berdua  mampu  untuk  hidup  berdikari tambahan  pula  aku  juga  bekerja, tetapi  suami  selalu  memberi  alasan  bila  setiap  kali  bertanya   pasal  pindah  rumah.Alasan  yang  diberikan, tidak  ada  orang  lelaki  di dalam  rumah  itu untuk  menjaga  keluarga yang  terdiri  daripada  ibu  mertua , kakak  ipar  dan  kami  empat  beranak.

Ibu  mertuaku sudah  menjangkau  usia  80-an  dan  seorang  yang  amat  cerewet  dengan  urusan  rumahtangga sehinggalah  urusan  masak-memasak. Sehingga  kini, mertuaku  masih  lagi  melakukan kerja-kerja  rumah seperti  melipat  baju kami  semua, mengemas katil  kami, menguruskan  anak-anak saya  yang  dua  orang  itu  malah  bab  memasak  pun  masih  lagi  kena  ikut  kata dia.Berulang- kali  juga  saya  cuba  melakukan  semua  itu  tetapi  ibu  seperti  tidak  bersetuju dan  memberi  alasan  yang  bermacam-macam.Saya  amat  simpati  dengan  kakak  ipar  yang  selalu  menjadi  mangsa  leteran  beliau  walaupun  kesalahan  kecil  dan  yang  remeh - temeh  sahaja  berlaku. Kami  seolah-olah  nak-anak  beliau  yang  masih  kecil.

Ibu  mertuaku  juga  seorang  yang  suka  bercakap  kasar  walaupun  dengan  kanak-kanak. Dia  juga  terlampau  memanjakan  anak-anakku  yang  2  orang  itu  sehinggakan   mereka  tiudak  boleh  berdikari  walaupun  usia  mereka  sudah  6  tahun dan  4  tahun. Makan  mesti  bersuap kera  takut  rumah  bersepah. Tidur  mesti  di dalam  buai  dan  akan  sentiasa  diayun  buaian  walaupun  sudah  tidur  lena.Anakku  yang  sulung  masih  tidak  mampu  bercakap  dengan  lancar dan  terlampau  manja, suka  membantah  cakapku kerana  ibu  mertuaku  terlampau manjakan  dia.Setiap  kali  dimarahi  mesti  akan  dibela  oleh  neneknya.Aku  memang  sudah  lama  menyimpan  rasa tidak  puas hati  yang  hanya  mampu  dipendam  sahaja. Suamiku  pula  seolah-olah  tidak  nampak apa  yang  ku hadapi  selama  ini.
Macamana  aku  mahu  mengasuh  anak  dengan  caraku sendiri  selagi  tinggal  dengan  ibu mertuaku  ini. Apa  kan  berlaku  kepada  anak-anak ku nanti...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan