Semenjak dua menjak ni, asyik dengar cerita pasal movie LBS je. Ramai jugak yang xcited to watch this movie maybe bcoz this movie actually based from novel Ahadiat Akasyah , Budak Setan, Saya dan famili dah pergi menonton this movie last weekend kat Alamanda, Putrajaya. Novel zaman remaja dulu ..so the story quite interesting and touching jugak la tambah lagi Farid Kamil sbg Kasyah dan Lisa Surihani sbg Ayu mmg padan sekali.. cantik dan handsome..
Cinta Kasyah memang luhur dan sejati tanpa memandang peribadi luaran semata. Dan kerana ibu, Ayu korbankan cinta untuk Kasyah dan sanggup menerima Azmi yang tak dicintai sebagai suami. Penderitaan seorang isteri yang didera oleh suami sehingga gagal mengawal emosi lalu merubah wajah asalnya sendiri setelah terbabit dalam kemalangan yang ngeri. Penderitaan Ayu tidak berakhir dan cinta Kasyah dan Ayu diduga lagi apabila Ayu hilang ingatan setelah Azmi hilang pertimbangan dan perikemanusiaan.
Betapa mahalnya erti kebahagiaan , Ayu dan Kasyah tidak lama dapat menikmati kenikmatan hidup sebagai suami isteri kerana Ayu pergi selama-lamanya ketika bertarung untuk melahirkan zuriat cintanya bersama Kasyah.Akhirnya, tinggallah Kasyah membesarkan anaknya sendiri tanpa Ayu......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan