Konflik yang memecah- belah kasih sayang anda di rumah sebenarnya sebagai satu tandasaat itu Allah telah mencabut rahmat-Nya dari rumah anda.Mengapa? Kerana masing-masing tidak berperanan dengan baik dan lalai menjaga amanah perkahwinan.Ingatlah sabda Rasulullah A.A.W yang bermaksud: " Sesiapa yang tidak menyayangi tidak akan disayangi."( Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Hubungan yang baik dengan pasangan hidup anda menunjukkan bahawa hubungan anda pun baik kepada Allah.Jika hubungan dengan Allah bermasalah maka anda akan dapat rasakan terseksanya hidup bersama dengan pasangan anda.Untuk memiliki hati yang sensitif kepada pasangan, jangan lupakan apakah anda telah pun sensitif kepada Allah?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan