sudah hampir 3 bulan saya guna ipad2 ni tapi sampai hari ni masih lagi pening duk fikir macamana nak upload gambar ke dalam blog.Saya dah habis godek dah program kat itunes dan App store tapi sampai la ni masih x jumpa lagi cara nye.
ada sapa2 yang mahir tak ?
tolong share kalau ada sapa-sapa yang terror tentang masalah ni yee..
Jasa mu pasti dikenang..chewahhh.
30 Sep 2011
28 Sep 2011
Wanita dan emas
photo ehsan mr.gugel.
Bila wanita mendapat emas?
1. Waktu bayi .Sesetengah keluarga akan menghadiahkan barang kemas yang mempunyai kuantiti berat
yang sama untuk semua anak-anak perempuannya.
2. Waktu belajar. Ada sesetengah mak dan ayah yang cenderung belikan barang kemas apabila anak-anak
perempuan mendapat keputusan yang bagus dalam peperiksaan tertentu contohnya seperti cincin atau
loket emas.
3. Waktu bercinta. Ada sesetengah lelaki yang suka bagi barang kemas kepada buah hatinya. Bestnya suatu
ketika dulu...:)
4. Waktu bertunang. Sebentuk cincin pengikat hati.
5. Waktu berkahwin. Memang wajib ada kan.
6. Waktu mendapat anak.Ada suami yang suka manjakan isteri sebegini sebagai tanda terima kasih yang tak
terhingga kepada isteri yang telah bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka .
7. Sebagai hadiah hari jadi , anniversary atau ketika perayaan dan macam-macam lagi....
Kenapa wanita begitu meminati emas?
1. Rasa cantik bila dipakai.kilauan emas bagaikan memberi aura pada si pemakainya.Chewahhhh.
2. Rasa lebih konfiden dan nilai diri tinggi bila pakai emas.Bukan rasa riak tau.
3. Saya suka beli emas sebagai simpanan.Boleh digunakan bila masa terdesak
4. Emas juga boleh menjadi satu pelaburan yang menguntungkan kerana nilai emas yang sentiasa naik.
5. Emas adalah lambang kekayaan yang sebenar.
p/s : Jom simpan emas, Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
25 Sep 2011
Nasi Arab
Hidangan nasi arab
Ada sape2 yang mempunyai resepi nasi arab yang best tak?
Rasa macam nak cuba buat nasi arab sendiri je lepas ni.
Biasanya kami menikmati hidangan arab iaitu di Restoran Saba kat Cyberjaya dan Arabian Kitchen kat Shah Alam, seksyen 22 saje.
Memandangkan anak2 dah suka sangat makan nasi arab ni, saya teringin belajar nak buat sendiri.
Kepada sesiapa yang ada resepi best nasi arab boleh la share yea...:)
nak mencari mr. gugel ni go ---------->
p/s : keinginan belajar ni datang sebab tengok anak2 makan bertambah2 kat rumah seorang kenalan suami yang buat open house yang menu utamanya nasi arab.Sampai rumah pun masih lagi memuji2 masakan untie tu..
24 Sep 2011
Sunyi nyer kat gym
Mood raya belum abis lagi , kunjung -berkunjung masih sakan lagi, Siang malam ade je tetamu yang datang jadi ramai yang terlepas aktiviti rutin harian mereka sebelum ni.Lagipun raya 2x je setahun dan raya aidilfitri ni hanya sekali je setahun jadi mesti meraikannya dengan sebaik mungkin....
Suasana gym yg sunyi......
Memandangkan suasana gym yang agak lengang, saya sempat snap photo untuk share apa alat yang biasa saya guna ketika pergi gym.Gym ni ada dua bahagian, satu bahagian dengan peralatan gym dan satu lagi aerobik floor untuk buat aerobik dan jamming.Tapi entry ni saya fokuskan kan kat bahagian gym saje sebab saya memang suka duk kat area ni aje....low profile.............
Jom intai apa alat yang best kat sini !!!
stationery bike dan macam2 nama org bagi tp sy panggil basikal je.
hari malas saya guna ini je sambil baca2 majalah atau layan ipad. Relax je guna alat ni janji berpeluh.
alat ni bagus untuk toning.
Lepas buat latihan kardio, saya akan guna alat ni paling lama pun 10 minit je..
Penting tak nak bagi geleber sana sini..:)
x ingat alat ni nama apa tp guna untuk buat sit up.
kalau rajin guna alat ni, perut pun boleh maintain.......
cross trainer
alat faveret ni sbb cepat bakar kalori
Saya lupa nak snap scale.Ada 2 scale kat sini tau satu digital dan satu lagi yang biasa tu tapi memang yang berkualiti punye.Memang scale2 tu amat berguna kat sini itu pasal x cukup kalau letak satu je.. he3x....
wokeh..selamat bersenam
Badan sihat otak cergas pergerakan pun tak terbatas...:)
22 Sep 2011
Open house...open house
Salam sejahtera semua..:)
Bulan Syawal memang penuh dengan acara makan-makan.Tidak cukup hujung minggu, hari-hari biasa pun ada juga jemputan.Rezeki murah di bulan Syawal kan..
Walaupun banyak acara makan-makan yang memang memang menggoda selera , kita mesti sentiasa beringat tentang tahap kesihatan kita.Ramai yang naik badan ketika cuti raya seminggu hari itu ( termasuk saya tu ....:) ). Seminggu ketika raya kat kampung memang all out juga makan. time bukak puasa yang betul-betul mencabar nyer. Semua juadah yang pure kat kampung je dapat jadi makan kena bersungguh sikit.Masa sebulan berpuasa turun 2 kilo , bila raya seminggu naik 2 kilo hu hu...so berat sama balik macam sebelum puasa.
Bila pergi open house, saya biasa elakkan makan nasi dan yang berat.Tapi bila tuan rumah sediakan nasi arab atau nasi dagang untuk makan malam saya tetap jugak makan. Sebabya memang faveret dan teringin nak makan huhhh.....tak boleh kawal nafsu betul kan. So. macamana badan tak naik ????
Minggu ni, saya dah start pegi gym balik.Azam untuk mencapai berat paling ideal saya untuk tahun ini 55kg masih berkobar-kobar ni.Hujung bulan Disember ni harap2 boleh capai huhhh.... Suasana gym memang sunyi sikit sekarang ni sebab masih ramai lagi yang masih dalam mood raya.

Suasana raya....
Assalamualaikum ...:)
Raya dah habis dan semua dah pulang dari kampung halaman untuk tugas dan tanggungjawab yang menanti. Tahun ni memang cukup puas hati dengan cuti raya yang agak panjang dan dapat lama sikit bermesra dengan mak ayah dan sedara kat kampung. Hari raya memang cukup indah kan ...:D.
Suasana raya saya memang sama saje dengan tahun-tahun lepas cuma tahun ni bertambah ahli dan tentunya menjadi lebih meriah dengan kehadiran ipar baru dan anak buah baru. Bajet duit raya pun asyik bertambah juga setiap tahun hu hu...
Aktiviti hari raya , bermula dengan solat Aidilfitri. Syukur sangat dapat pergi sembahyang raya tahun ini sebab sudah hampir 5 tahun saya tidak dapat menjalani ibadat ni.Rasa macam dapat bonus pulak raya kali ini sebab bila dapat pergi sembahyang raya selain ianya satu ibadat, kita mesti dapat jumpa dengan ramai kawan-kawan lama yang masing-masing sudah berhijrah meninggalkan kampung halaman dan tentunya memang susah sangat nak jumpa. Bila jumpa kawan-kawan lama topik utama mesti pasal anak. Masing-masing sudah mempunyai famili dan gembira dengan kehidupan masing-masing. Kagum juga bila melihat kawan-kawan yang suatu ketika dulu sama-sama main pondok-pondok sudah menjadi ' orang besar ' sekarang. Bukan badan je yang besar he he he...
Semasa perjalanan pulang dari masjid , kami akan singgah bersalam di rumah sedara yang mempunyai warga emas yang tak berpeluang untuk menunaikan sembahyang di masjid. Bila sampai rumah , perut dah penuh sebab setiap rumah yang disinggah mesti kena rasa walaupun sedikit juadah yang disediakan...indahnya suasana bila hari raya di kampung....
Di rumah pula bermula sesi bermaaf-maafan dan juga sesi bergambar beramai-ramai. Kemudian aktiviti makan makan yang tak pernah habis dan seterusnya aktiviti ziarah .Hari raya pertama kami sekeluarga memang peruntukkan untuk menziarahi warga emas dalam famili. Aidilfitri tahun ini juga turut memberi duka kepada keluarga besar kami dengan perginya seorang sepupu secara tiba-tiba.Al-fatihah untuk arwah semoga tergolong dalam umat yang mendapat rahmat dari-Nya.Memang sudah ditakdirkan untuknya pergi ketika semua keluarga berkumpul beramai-ramai.
Hari raya yang seterusnya pula giliran kami menerima tetamu dan juga menghadiri majlis rumah terbuka sehingga cuti habis dan pulang menyambung tugas yang menanti.
Bagi saya, hari raya satu hari untuk kita bergembira dan bersyukur dengan nikmat dan kebahagian yang kita perolehi. Di samping itu kita perlu bersihkan hati dari segala dendam dan sakit hati dengan bermaaf-maafan.Lupakan segala sengketa lama dan suburkan silaturrahim sesama kita.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
untuk semua.

Langgan:
Catatan (Atom)