Tahun 2011 sudah menjelma.. semua orang akan sambut tahun baru dengan azam yang baru. Mana2 azam yang tak mampu dicapai tahun lepas akan di carry forward pada tahun ini. Bagi yang telah mencapai matlamat, alhamdulillah.....syukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah.
Bagi saya, saya memang tidak ada cita2 yang tinggi cuma sedan-sedan saje..Apa yang saya mahu di dalam hidup saya adalah kesihatan saya , suami dan anak-anak yang baik, rezeki yang mencukupi untuk keselesaan kami sekeluarga dan dapat membahagiakan mak dan ayah selagi termampu....
Memandangkan penghujung bulan Disember 2010, saya telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan mendapati tahap kolestrol saya yang semakin tinggi ditambah pula dengan BMI yang sentiasa maju ke depan, saya telah berazam untuk cuba menurunkan berat badan saya supaya berada di tahap normal dan dapat menurunkan tahap kolestrol dalam darah saya.
Pada 02.01.2011 , berat badan saya secara rasminya adalah 66.40kg dengan ketinggian 155cm sahaja. Sudah tentu saya telah masuk di dalam kategori terlebih sudah berat badan..Bila teringat balik zaman saya sebelum kahwin dan ketika awal perkahwinan saya memang berada di dalam kategori normal dan ssslimmmm saje. Berat saya sekitar 53kg sahaja. Setelah bersalin anak ke 3, berat saya telah naik dengan maju sekali sehingga sekarang mencecah 66.40kg !!!!! Bayangkan betapa banyaknya lemak-lemak yang tak diperlukan bertempek di badan saya ni...aduhaiiiii tak sanggup den nak bayangkan....lebih dari 10kg tu.....
Bersambung......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan