Malam tadi, selepas Maghrib, terus pecut pergi ke Gym....he hee....tengah semangat berkobar-kobar mahu kurus ni. Disebabkan malas nak bersoal jawap banyak2 , saya bawak je budak2 sekali .Saya ingatkan mereka bawa bahan bacaan sendiri untuk hilangkan boring. Faham 2 ajela budak2 ni, bila dah boring boleh menyebabkan kita naik angin satu badan.Sebelum naik ke Gim, saya dah pastikan mereka makan dan kenyang dan pesan supaya jangan buat perangai. Huhh susah memang susah untuk pastikan mereka pegang pada janji....tapi apa nak buat , Anak sendiri !!!
Gim saya dan hubby bersebelahan je, dah memang nya owner yang sama kan....jadi saya cuma alas perut dengan makan jagung rebus setengah batang je dan bawak air teh Herbalife...sejak akhir2 ni saya makin rajin dan tekun sekali dengan minuman ni. he he... mahu kurusss kan....
Mula2 saya guna bicycle dengan pilihan mode masih di tahap No. 1 ( kategori yang paling senang la ). Saya awal2 dah mention kat trainer kat situ , my objektif adalah untuk KURUS kan BADAN yang dah OVERWEIGHT ini..Bila dia dah tau senang sikit buat pilihan. Setelah mengayuh hampir 30 minit, saya berjaya kurangkan 100 kalori..badan pun dah berpeluh dan saya rasa ok sangat..Then saya cuba pakai treadmill pulak. Speed utk weight loss antara 1 - 4 sahaja. So memandang kan saya ni beginner, so pilihan speed saya hanyalah no.2..Saya lakukannya selama 40 minit dan berjaya kurangkan kalori sebanyak 140 sahaja...Selepas stop, saya rasa sedikit pening pening lalat sikit dan saya berehat sekejap sambil minum air teh Herbalife ....Setelah agak ok, saya buat mesin Norditrek ( betul ke ejaan mcm tu entah ) mesin ni function dia more pada paha . punggung serta lengan dan sisi badan.Memang sesuai dengan fizikal saya sekarang.. hu huuuhhh....bila la nak abis lemak2 saya ni....Saya hanya mampu lakukan hanya 10 minit sahaja sebab anak2 dah mengantuk dan dah start buat perangai.....so saya pun stop dulu sambung lain kali......................
bersambung.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan