Menurut Konsultan Kardiologis , Dr Razali Omar , jantung merupakan sebuah organ elektrikal untuk mengepam darah secukupnya mengikut keperluan tubuh.Kegagalannya berfungsi atau terhenti secara tiba-tiba berlaku akibat malfungsi sistem elktrikalnya, lalu mengakibatkan pelbagai penyakit jantung seperti penyakit koronari arteri, kerosakan kongenital jantung atau gangguan ritma abnormal ( Arrythmia).
Kematian jantung mengejut BUKAN serangan sakit jantung seperti yang dianggap oleh masyarakat.Jika diibaratkan organ ini sebagai rumah, anda boleh mengaitkan serangan jantung sebagai masalah sistem paip , manakala kematian jantung mengejut pula seperti masalah elektrik.Semua penyakit berkenaan komplikasi jantung dikenali sebagai penyakit kardiovaskular,Statistik mencatatkan angka tertinggi iaitu 46.6% - Melayu, 23.6% - Cina,23.3% - India, 4.4%- kaum lain dengan 27.3% daripadanya terdiri golongan wanita.( Sumber : Pengkalan data Penyakit Kardiovaskular Kebangsaan).
Arrythmia
Apabila degupan jantung ' lub, lub, lub,lub....' melebihi atau kurang dari kadar normal iaitu 60-100 kali seminit, mangsa berisiko untuk mengalami keadaan kematian jantung secara mengejut.Keganjilan ritma , samada terlalu laju( tachycardia) atau perlahan (bradycardia) secara tiba-tiba atau kedua-dua sekali dalam masa yang sama mampu merosakkan otot jantung, lalu menjejaskan sistem elektrikal yang mengawal ketetapan ritma jantung untuk mengepam darah.Apabila darah gagal diagih ke otak, ia akan kehilangan oksigen dan seterusnya membuatkan mangsa pitam serta-merta.
Individu yang rebah akibat Arrythmia memerlukan rawatan kecemasan dalam tempoh 10 minit kerana denyutan jantung akan mati jika tiada sebarang rawatan diberi dalam tempoh itu.Tanpa rawatan seperti CPR atau alat kejut jantung(defibrilator), peluang mengembalikan ritma jantung yang normal amat tipis dan risiko mangsa mati secara mengejut amat tinggi.Inciden kematian mengejut yang berlaku kepada Allahyarham Hani Mohsen dan Allahyarham Ustaz Asri Rabbani adalah disebabkan oleh gangguan ritma jantung atau Arrthmymia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan