Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang beberapa hari lagi, umat Islam ramai akan mengimarahkan masjid atau surau dengan sembahyang sunat Terawih. Pada bulan inilah suasana di masjid menjadi meriah dan bercahaya.Bagi insan yang tahu hikmat dan fadhilat solat terawih pasti tidak sesekali akan meninggalkannya.
Berikut adalah antara fadhilat sembahyang sunat Terawih sebagaimana yang diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah SAW , sebagaimana jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat tentang kelebihan sunat terawih pada bulan Ramadhan yang mulia ini :-
Sembahyang pada malam :
- Keluar dosa-dosa orang mukmin sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
- Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang Terawih serta kedua ibubapanya( sekiranya mereka orang yang beriman)
- Berseru malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang Terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
- Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, zabur, Injil dan Al-Quran.
- Allah kurniakan baginya pahla seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah( Masjid Nabawi dan Masjid Aqsa.
- Allah kurniakan baginya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Makmur(70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
- Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong menentang musuh ketatnya, Firaun dan Hamman.
- Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang dikurniakan kepada nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.
- Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad.
- Allah mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.
- Keluar ia daripada dunia( mati) bersih daripada dosa seperti baru dilahirkan.
- Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya.
- Datang ia pada hari qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
- Datang malaikat menyaksikan ia sembahyang Terawihserta Allah tidak menyesatkan ia pada hari kiamat.
- Semua malaikat yang menanggung arasy berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
- Allah tuliskan kepadanya terlepas daripada Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
- Allah kurniakan orang-orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala nabi-nabi.
- Seru malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya allah telah redha kepada engkaudan ibubapa engkau samada yang masih hidup atau yang telah mati.
- Allah tinngikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
- Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang syahid dan orang-orang solih.
- Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.
- datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan di Padang mahsyar.
- allah binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada Nur.
- Allah buka peluang 24 doa yang mustajab .
- Allah selamatkan dari seksa kubur.
- Allah kurniakan pahala ibadat seumpama 40 tahun ibadat.
- Allah kurniakan ketangkasan melintas titian sirotolmustaqim secepat kilat yang menyambar.
- Allah kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
- Allah kurniakan 1000 kali haji mabrur.
- Allah beri penghormatan yang istimewa di dalam syurga .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan