Alhamdulillah , Ramadhan sudah datang, semoga membawa seribu rahmat untuk kami sekeluarga dan seluruh umat Islam umumnya.Tahun ni, anak kedua, Adina dah kena ajar berpuasa.Umur dah masuk 7 tahun, sesuai untuk mula belajar berpuasa.Syukur alhamdulillah, Adina pun nampaknya bersemangat betul untuk berpuasa dan malam tadi tak banyak banyak ragam semasa kejutkan untuk makan sahur.Semoga berterusan macam tu..Anak sulung pulak mesti pastikan dia puasa penuh maklumlah dah masuk umur 10 tahun. Tahun lepas masih lagi tak puasa penuh.Tinggal anak bongsuku je yang belum puasa.Kesian pulak nak paksa dia puasa. Kecik lagi...5 tahun.Tapi sebenarnya ada yang dah boleh puasa penuh pada usia macam tu..terpulang pada asuhan dan anak itu sendiri.
Bila masuk bulan puasa, rutin harian terus berubah. Petang , kalut dengan persiapan hendak berbuka dan juga lauk untuk sahur juga.Lepas berbuka, bergegas ke masjid untuk sembahyang sunat Terawih.Sesudah Terawih, masak nasi terlebih dulu untuk sahur. Nanti bangun sahur tak kalut sangat, cuma panaskan aje semuanya.
Cabaran yang paling besar bagiku adalah kejut anak-anak dan suami untuk bangun sahur. Kadang-kadang boleh angin jugak tu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan