- Nafas tersekat-sekat
- Kaki membengkak
- Kehilangan tenaga yang kronik
- Kesukaran tidur kerana masalah pernafasan
- Hilang selera makan
- Batuk dengan kahak berbuih
- Banyak membuang air kecil pada waktu malam
- Kehilangan/ kekeliruan ingatan
15 Ogo 2010
Simpton kegagalan jantung
Kematian Jantung Mengejut ( Arrythmia)
Menurut Konsultan Kardiologis , Dr Razali Omar , jantung merupakan sebuah organ elektrikal untuk mengepam darah secukupnya mengikut keperluan tubuh.Kegagalannya berfungsi atau terhenti secara tiba-tiba berlaku akibat malfungsi sistem elktrikalnya, lalu mengakibatkan pelbagai penyakit jantung seperti penyakit koronari arteri, kerosakan kongenital jantung atau gangguan ritma abnormal ( Arrythmia).
13 Ogo 2010
Tip kekal wangi
- Pilih pewangi yang berkualiti, dengan formula yang lebih pekat seperti EDP.
- Usah menggosok pergelangan tangan anda sejurus menyembur pewangi.
- Titisan pewangi tidak kekal lama di atas kulit kering.Jadi sapukan losen terlebih dahulu.
- Gunakan pewangi bersama sabun mandian , gel atau krim tubuh dalam himpunan yang sama.
- Layangkan pewangi di leher, belakang telinga, lutut, belahan dada, pergelangan tangan dan jari kaki.
- Wangian cepat hilang di dalam cuaca sejuk. Gunakan pewangi yang kuat ketika berada di bawah penghawa dingin.
- Simpan pewangi di dalam kotak, jauh dari jendela dan suhu dan suhu panas untuk mengekalkan harumannya.
12 Ogo 2010
Dosa Menyebarkan Fitnah
HATI adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan Allah sebagai titik untuk menilai keikhlasan. Di hati lahirnya niat yang menjadi penentu sesuatu amalan diterima sebagai pahala atau sebaliknya.
Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik supaya tidak rosak, sakit, buta, keras dan tidak mati bagi mengelak penyakit masyarakat yang berpunca daripada hati.
Kerosakan pada hati membawa kepada kerosakan seluruh nilai hidup pada diri seseorang individu. Penyakit hati yang menyerang kebanyakan kita ialah penyakit fitnah, sama ada menjadi penyebar atau mudah mempercayai fitnah.
Solat Terawih Menurut Sunnah Nabi
Berikut adalah tatacara mengerjakan solat tarawih menurut sunnah Nabi s.a.w. :
1. Waktu untuk mengerjakan solat tarawih.
Solat tarawih adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam pada bulan Ramadan, iaitu selepas mengerjakan solat Isyak dan sebelum masuk waktu solat Subuh. Namun, waktu paling afdal untuk dilaksanakan solat tarawih adalah sepertiga malam yang terakhir, iaitu bermula dari pukul 3.00 pagi sehingga sebelum masuk waktu subuh. Sabda Rasulullah s.a.w: “Tuhan kita Tabaraka wa Ta’ala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika masih tinggal sepertiga malam yang akhir. Allah berfirman: Sesiapa yang berdoa kepada-Ku pasti Aku akan makbulkannya, sesiapa yang meminta kepada-Ku pasti Aku akan memberinya dan sesiapa yang memohon ampun kepada-Ku pasti Aku akan mengampunnya.” – Hadis riwayat al-Bukhari dalam kitab Sahihnya, no: 1145
11 Ogo 2010
8 cara pantas segarkan udara
- Kulit kayu manis menjadi antara ramuan di dalam resepi masakan Melayu. Menyedari keunikan aroma kulit kayu manis berupaya menjadikan masakan lebih lazat, tidak hairan juga kulit kayu manis turut manpu dijadikan sebagai pewangi semulajadi.
- Bunga kantan berwarna merah muda mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.Memiliki aroma yang istimewa dan mempunyai jangka masa yang lama untuk kekal segar.
- Daun pandandiakui mempunyai bauan yang cukup harum.Menyedari haruman daun pandan mampu kekal lama menjadikan ia begitu disenangi ramai untuk dijadikan sebagai pewangi kediaman.
- Bunga cengkih juga mempunyai haruman yang tersendiri walaupun bukan semua orang suka.
- Bunga mawarbukan sahaja cantik dipandang malahan kewangiannya akan mencipta ruang menjadi istimewa.
- Lemon adalah dari golongan buahan sitrus yang memiliki aroma kesegaran yang luar biasa.
- Daun pudina mempunyai aroma yang segar dan berjaya meransang suasana ruang lebih segar dan selesa.Bau daun pudina juga boleh menghalang semut daripada memasuki dapur.
- Limau purut / daun limau purutjuga tidak kurang hebatnya kerana mampu menjadi agen penyegar udara.Kemewahan aroma yang tersendiri.Kemewahan yang tersendiri berjaya mencipta keunikan suasanalebih segar dan selesa. .
Hari pertama puasa
Alhamdulillah , Ramadhan sudah datang, semoga membawa seribu rahmat untuk kami sekeluarga dan seluruh umat Islam umumnya.Tahun ni, anak kedua, Adina dah kena ajar berpuasa.Umur dah masuk 7 tahun, sesuai untuk mula belajar berpuasa.Syukur alhamdulillah, Adina pun nampaknya bersemangat betul untuk berpuasa dan malam tadi tak banyak banyak ragam semasa kejutkan untuk makan sahur.Semoga berterusan macam tu..Anak sulung pulak mesti pastikan dia puasa penuh maklumlah dah masuk umur 10 tahun. Tahun lepas masih lagi tak puasa penuh.Tinggal anak bongsuku je yang belum puasa.Kesian pulak nak paksa dia puasa. Kecik lagi...5 tahun.Tapi sebenarnya ada yang dah boleh puasa penuh pada usia macam tu..terpulang pada asuhan dan anak itu sendiri.
Bila masuk bulan puasa, rutin harian terus berubah. Petang , kalut dengan persiapan hendak berbuka dan juga lauk untuk sahur juga.Lepas berbuka, bergegas ke masjid untuk sembahyang sunat Terawih.Sesudah Terawih, masak nasi terlebih dulu untuk sahur. Nanti bangun sahur tak kalut sangat, cuma panaskan aje semuanya.
Cabaran yang paling besar bagiku adalah kejut anak-anak dan suami untuk bangun sahur. Kadang-kadang boleh angin jugak tu....
10 Ogo 2010
Kenapa salahkan pihak ketiga???
Kebanyakan masalah rumahtangga yang berlaku sering dikaitkan dengan pihak ketiga. Pihak ketiga dalam konteks ini samada kekasih gelap isteri, kekasih gelap suami, keluarga pihak suami atau pihak isteri atau siapa sahaja yang selain pasangan suami isteri tersebut.Seringkali kita terdengar kewujudan orang ketiga menyebabkan berlakunya perceraian.
Mengapa perlu menulis??????????
Ada satu sebab yang perlu semua orang tahu bahawa bidang penulisan sama pentingnya dengan dengan berdakwah. Apabila niat menulis itu kerana ingin berdakwah, maka seseorang itu akan telus dalam berfikir dan menyampaikan pesana agama kepada orang lain.Menulis juga dapat merapatkan ukhuwah dalam berdakwah.
PENDIDIKAN ANAK MENURUT ISLAM
Islam melihat seorang anak yang dilahirkan adalah dalam fitrah yang suci, putih bersih seumpama kapas yang tidak dicemari atau dikotori oleh apa jua bentuk kotoran.Maka kedua ibubapa yang akan membentuk atau melakarkan mengikut keahuan dan kehendak mereka.Sabda Rasulullah SAW “ Setiap anak itu dilahirkan dalam fitrah dan kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi.
SURAH LUQMAN SEBAGAI PANDUAN.
Luqman al-Hakim (bijaksana) merupakan contoh seorang bapa yang berjaya mendidik anaksehingga Allah SWT mnemahatkan namanya dalam al-Quran.Satu surah yang lengkap yang dinamakan surah Luqman.
SURAH LUQMAN SEBAGAI PANDUAN.
Luqman al-Hakim (bijaksana) merupakan contoh seorang bapa yang berjaya mendidik anaksehingga Allah SWT mnemahatkan namanya dalam al-Quran.Satu surah yang lengkap yang dinamakan surah Luqman.
SYARAT TAUBAT
Menurut para ulama, taubat dari segala dosa, hukumnya adalah wajib,Jika dosa atau kesalahan tersebut dilakukan terhadap Allah, maka ada 3 syarat yang harus dipenuhi untuk melakukan taubat nasuha.
Pertama : Meninggalkan maksiat.
Kedua : Menyesali perbuatan tersebut.
Ketiga : Bertekad kuat untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut buat selama-lamanya.
Jika salah satu syarat tersebut tidak dipatuhi, maka taubat itu tidak akan sah.
Sementara itu, sekiranya dosa atau kesalahan tersebut dilakukan sesame manusia, syaratnya bertambah satu selain tiga syarat di atas.iaitu, dia harus memberikan apa yang menjadi hak orang yang dianiayai samada berupa wang atau selainnya.Jika pernah mencel, menghina atau mengejek,dia harus meminta maaf pada orangnya.Jika dia mengumpat serta mendedahkan aib orang itu, dia kena meminta orang tersebut memaafkannya.Dan jika dia merosakkan kehormatan orang,dia harus segera menutupinya dan meminta keampunan kepada Allah.
“ Orang yang bertaubat dari dosa seperti orang yang tiada berdosa. Dan jika Allah mencintai seorang hamba, nescaya dosa tidak melekat pada dirinya” ( Riwayat Ibnu Majah , al-Tirmizi, dan al-Hakim).
7 Ogo 2010
Weekend day...
Hujung minggu last sebelum berpuasa. Banyak betul rancangan nak buat ari ni, tak tau boleh jalan smua tak ataupun smua tak jalan hu huh hu...
Pagi-pagi lagi eh tak lah pagi benor, saya ada terima col dari sky net pasal satu kotak parcel leakage. So kena pg cek kt sana dulu nak konfirm boleh terima ke tak. Lepas terima col terus kuar suara tarzan kerah anak2 smua mandi dan bersiap. Hujung minggu beselah budak2 ni tak de nyer nak mandi awal. smua suka golek2 depang TV dengan x mandi.
Pagi-pagi lagi eh tak lah pagi benor, saya ada terima col dari sky net pasal satu kotak parcel leakage. So kena pg cek kt sana dulu nak konfirm boleh terima ke tak. Lepas terima col terus kuar suara tarzan kerah anak2 smua mandi dan bersiap. Hujung minggu beselah budak2 ni tak de nyer nak mandi awal. smua suka golek2 depang TV dengan x mandi.
6 Ogo 2010
Nutrisi Ramadhan
Bulan Ramadhan kadangkala dianggap sebagai bulan pesta makanan. Pabila berkumandang azan Maghrib, meja makan sudah dipenuhi dengan pelbagai jenis juadah dan hidangan. Air jagung, air kelapa muda, ait tuak, ABC rock, kuih ondeh-ondeh, puteri berendam, dan bunga tanjung menjadi menu harian di rumah. Tak termasuk lagi lauk pauk yang bermacam-macam jenisnya. Usai makan, bagaikan ular sawa kekenyanganlah jadinya, lembab untuk bangun solat dan sukar berterawih kerana perut yang sedari 14 jam kosong tiba-tiba diasak bertubi-tubi dengan pelbagai makanan.
Petua kekal langsing di bulan puasa
Puasa tetapi gemuk? Makin usia meningkat begitulah kita. Ini ada petua untuk kekal langsing dibulan puasa...
Selain menguatkan iman, berpuasa boleh memantapkan emosi, menjernihkan fikiran dan sangat baik untuk kesihatan kerana memberi peluang organ seperti usus, jantung, mata, telinga dan paru-paru berehat sementara. Puasa juga memberi enzim berehat kerana hanya sedikit makanan yang harus dicerna dan peluang organ tubuh mengeluarkan zat beracun hasil sisa metabolisme dalam tubuh. Namun ada individu menggunakan peluang berpuasa untuk berdiet tetapi jangan terlalu ketat sehingga jatuh sakit pula.
4 Ogo 2010
Fadhilat Solat Terawih
Assalamualaikum..
Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang beberapa hari lagi, umat Islam ramai akan mengimarahkan masjid atau surau dengan sembahyang sunat Terawih. Pada bulan inilah suasana di masjid menjadi meriah dan bercahaya.Bagi insan yang tahu hikmat dan fadhilat solat terawih pasti tidak sesekali akan meninggalkannya.
Berikut adalah antara fadhilat sembahyang sunat Terawih sebagaimana yang diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah SAW , sebagaimana jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat tentang kelebihan sunat terawih pada bulan Ramadhan yang mulia ini :-
Sembahyang pada malam :
Sebaik Amalan di Bulan Ramadhan
Ramadhan punya makna tersendiri di hati umat Islam. Bulan ini adalah bulan rihlah ruhaniyah (wisata rohani). Umat Islam melepas belenggu materialisme dunia dengan menghidupkan dunia ruhiyah. Sebulan penuh umat Islam menjalani proses tadzkiyatun nafs (pembersihan jiwa). Sebulan penuh umat Islam melakukan riyadhatur ruhiyah (olah rohani).
3 Ogo 2010
Bisness dah mula
Alhamdulillah....syukur. Walaupun dalam keadaan masih bertatih, berjalanlah jugak jualan spray anti-fly.Ramai jugak yang berminat untuk mencuba.Inilah yang memberi semangat untuk menambah order.Perancangannya, hendak ambil secara direct .Tapi kena modal lebih sikit la..
Bersabar dan sukar dulu tak mengapa, pasti ada kejayaan di masa hadapan, insyaallah.
2 Ogo 2010
Langgan:
Catatan (Atom)