Hari ini, Jumaat 31.12.2010 walaupun telah diisytiharkan sebagai cuti umum oleh PM kita sempena kemenangan pasukan bola harimau malaya di Indonesia, tetapi tempat kerja saya tetap kerja seperti biasa.Ohhhhh sedihhhh nyer... Memang dari awal lagi saya sudah agak akan berlaku macam ni . Walaupun PM yang cakap tetapi sebagai pekerja, kami semua mesti kena ikut arahan BOSS jugak. Ini , kiranya kali kedua kami bekerja walaupun kat TV sudah diisytiharkan sebagai cuti umum. Kali pertama dulu semasa PM buat pengisytiharan hari Satu Malaysia 16 September.
Bukan masalah kami pekerja kilang menyebabkan kami tidak dibenarkan bercuti seperti orang lain, tetapi Boss terlalu memikirkan planning schedule yang masih belum mencapai sasaran. Tambahan pula, cuti tahun baru juga berturut hari.
Memang ada di kalangan staff dan pekerja yang berbisik tidak puas hati tetapi, kita mesti pandang sesuatu secara positif. Walaupun BOSS nampak berkira dengan jumlah hari bekerja, tetapi BOSS kita juga tidak pernah miss bayar BONUS selama tempoh kita bekerja di sini.
Jadi, fikirlah secara positif.....DDD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan