Semalam saya telah terbuka hati untuk memijak mesin penimbang di Pasaraya.Sebelum ni saya memang fobia bila melewati mesin penimbang ni sebab saya memang dah tau badan saya asyik menambahkan berat je...aduhaiiiiiiiiii.....risau nyer saya.Pada 03.12.2010 diisytiharkan berat saya telah mencecah 65kg dengan ketinggian hanya 155cm. BMI saya sekarang 27.1 ( kategori terlebih berat badan). Sepatutnya dengan ketinggian saya yang tak berapa tinggi ni, maksimun berat 60kg sahaja. Saya sudah terlebih berat sebanyak 5kg.Seluar jeans saya bersaiz 32 huhhh..... Cubalah korang bayangkan.....betapa banyak nyer lemak dan selulit yang melekat pada badan saya.. Saya mesti kurangkan paling kurang 10kg. Saya harap sangat untuk turunkan sehingga 15kg..oh Tuhan...tolonglah saya....
Saya telah menanam satu azam untuk kurangkan pengambilan nasi dan lebihkan buah-buahan dan sayur di dalam menu harian saya. Waktu weekdays, saya akan sediakan bijirin slimmax dari Sendayu Tinggi yang mengandungi fiber, saya juga pastikan meminum teh dari Herbalife tiap- tiap hari.Satu sudu teh bersama 2000ml air putih.Saya juga membeli slimming set dari Avon yang mengandungi singlet, panty dan trunk. Begitu tinggi sekali harapan saya untuk membuang lemak berlebihan di badan saya.Saya gagahkan diri untuk membuat poco-poco seminggu 2x dan menggunakan bola aerobik di rumah.Saya amat berharap dapat kurangkan 2kg sebulan....tetapi secara berterusan dan tidak akan naik balik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan