Hari ini, Jumaat 31.12.2010 walaupun telah diisytiharkan sebagai cuti umum oleh PM kita sempena kemenangan pasukan bola harimau malaya di Indonesia, tetapi tempat kerja saya tetap kerja seperti biasa.Ohhhhh sedihhhh nyer... Memang dari awal lagi saya sudah agak akan berlaku macam ni . Walaupun PM yang cakap tetapi sebagai pekerja, kami semua mesti kena ikut arahan BOSS jugak. Ini , kiranya kali kedua kami bekerja walaupun kat TV sudah diisytiharkan sebagai cuti umum. Kali pertama dulu semasa PM buat pengisytiharan hari Satu Malaysia 16 September.
31 Dis 2010
28 Dis 2010
Hidung berdarah lagi...
Pagi tadi, sebaik bangun tidur, hidung terasa perit dan sakit. Saya terus ke bilik air dan masukkan air ke dalam rongga hidung dan menghembus dengan kuat.Seperti yang dijangka, kelihatan darah merah terpercik di tapak tangan.Sudah banyak kali hidung saya berdarah seperti ini dan saya masih tertanya-tanya kenapa boleh berlaku seperti ini? Adakah badan saya terlampau panas hinggakan hidung saya berdarah? Cuaca sekarang tidak terlampau sejuk tetapi kenapa boleh jadi macam ni?. Hidung saya di bahagian rongga sebelah kiri memang sentiasa perit dan sakit apabila dipicit dari luar.Kadang-kadang tekak saya akan rasa kering dan perit juga terutama selepas makan makanan laut.
16 Dis 2010
Chicken Pox ...Jintungan
Hari ni semua anak saya telah dijangkiti chicken pox.At first yang sulung saje,then after 2 weeks dia dah ok, cuma tinggal parut je..dan anak yang ketiga mula nampak 2 3 bijik tumbuh kat muka dan dada. Ruam kecik-kecik tetaoi berair.Tangan anak saya asyik nak menggaru je..mungkin tak tahan gatal la tu..Bila dah kena sorang , chicken pox ni akan berjangkit-jangkit pada orang yang belum pernah kena terutamanya budak-budak.Akhirnya semua dah kena...dan tiga kali saya pergi ke klinik yang sama untuk ambik stok ubat...
Ubat untuk chicken pox : Ubat demam , ubat tahan gatal ( sama ubat untuk selesema),ubat anti virus dan krim untuk sapu pada ruam.
15 Dis 2010
Akhirnya....result pun keluar....
Setelah menunggu dalam debaran..akhirnya saya beranikan diri untuk mengetahui keputusannya.....
Jeng.... jeng ........jeng........
" Awak punya result keseluruhanya ok cuma..........tahap KOLESTROL jahat memang agak tinggi dan ASID URIK jugak tinggi..awak kena kontrol makan seafood dan juga berprotein....bla...bla...bla...." dokter bacakan aku result yang kalau aku tgk memang tak faham apa apa....
Full medical check up
Kali ini saya ingin menulis tentang pemeriksaan kesihatan .Sebenarnya minggu lepas saya telah memberanikan diri untuk membuat full blood test. memang sblm ni saya rase takut sesangat nak buat medical check up.Entah kenapa saya tak buleh bg reason yang sesuai tapi yang pasti saya rase mcm takut untuk serah diri kat doktor untuk ambil darah. Lucu kan...Pada 07.12.2010, saya pergi ke klinik sorang2 dan masuk keje lambat skit .Nasib saya baik kerana saya menjadi first patient kat klinik tu.Saya agak berdebar2 jgk mase tunggu nama dipanggil. Duk Dak... dup dap... Setelah nama dipanggil saya pun masuk...
13 Dis 2010
Kulit muka makin pulih
Kini dah hampir 2 minggu saya menggunakan produk Sendayu Tinggi set kolagen untuk malam, manakala waktu siang masih kekalkan krim Olay Total Effect dengan Krim Vital 5 dari CNI. Kesannya memang agak memuaskan kerana kesan sun burn sudah semakin hilang dan warna kulit sudah menjadi semakin sekata dan lembap.Terima kasih kepada produk- produk ini yang nampaknya sesuai dengan masalah kulit wajah saya..
4 Dis 2010
Diet.....Aerobik ....Gim....Supplement...
Semalam saya telah terbuka hati untuk memijak mesin penimbang di Pasaraya.Sebelum ni saya memang fobia bila melewati mesin penimbang ni sebab saya memang dah tau badan saya asyik menambahkan berat je...aduhaiiiiiiiiii.....risau nyer saya.Pada 03.12.2010 diisytiharkan berat saya telah mencecah 65kg dengan ketinggian hanya 155cm. BMI saya sekarang 27.1 ( kategori terlebih berat badan). Sepatutnya dengan ketinggian saya yang tak berapa tinggi ni, maksimun berat 60kg sahaja. Saya sudah terlebih berat sebanyak 5kg.Seluar jeans saya bersaiz 32 huhhh..... Cubalah korang bayangkan.....betapa banyak nyer lemak dan selulit yang melekat pada badan saya.. Saya mesti kurangkan paling kurang 10kg. Saya harap sangat untuk turunkan sehingga 15kg..oh Tuhan...tolonglah saya....
Skincare Set Sendayu Tinggi
Setelah mengalami masalah kulit muka yang agak teruk , saya telah nekad untuk bertukar produk yang asal ke set Sendayu Tinggi.Semalam saya sudah beli set percubaan untuk Collagen series ( berwarna merah ) yang mengandungi Cleansing Milk , Toner , Concentrated Serum dan Whitening Collagen & Pigmentation Cream. Concentrated Serum dan Whitening Collagen & Pigmentation Cream dipakai pada waktu malam sahaja. Untuk siang hari saya masih teruskan krim pelembab Olay Total Effect dengan Vital Cream dari CNI sebagai foundation memandangkan saya masih mempunyai stok yang masih banyak lagi. Saya bercadang apabila stok dah habis, saya akan bertukar ke soathing cream dan sunblock cream dari sendayu Tinggi sekiranya kulit saya sesuai dengan set yang saya pakai sekarang. Malam tadi saya dah start pakai dan pagi tadi saya rasa kulit muka saya rasa ok je.Saya amat berharap set ini sesuai dengan kulit muka saya..insyaallah.Lagipun dari segi harga memang ok .
Langgan:
Catatan (Atom)