Sejak dari hari Isnin lagi, Adina bila balik je dari sekolah asyik tanya " mama ada duit tak sepuluh ringgit 4 keping ?" Cikgu Dina suruh bagitau mama , kena bayar byk tu sebab dina takde abang kat sekolah. Dina cuma ada kakak aje. Along pulak menyampuk , " cikgu suruh bayar RM 50.00 sebab along takde abang atau kakak". Masuk je rumah mesti isu ni je la yang keluar dari mulut mereka. Kesian jugak dengar mereka asyik ulang benda yang sama je. Memang tabiat Dina bila dia mintak sesuatu dia akan ulang sampai berpuluh kali selagi tak dapat.Dia ni pandai psikologi , bagi telinga kita panas dan tak tahan dengar. Jadi pagi ni dah selesai masalah yuran PIBG diorang sebab tak tahan dengar hari-hari asyik kena leter pasal duit ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan