Sahabat

http://www.mybannermaker.com
Graphics

17 Jun 2013

Monday Blues ????

Monday blues ??

Pagi ni on the way datang keje, DJ radio tiba-tiba sebut isu monday blues. Kenapa mesti ada monday blues, bukan tuesday blues, wednesday blues or friday blues?



Apa sebenarnya Monday Blues tu???

Apa tang saya faham selama ini ,monday blues tu lebih kurang perasaan tak seronok untuk pergi kerja atau pun sekolah jugak la kan. Anak2 biasa nyer kalau hari isnin macam sedikit liat nak bangun pagi kan. Mungkin sebab 2 hari dah cuti boleh bangun lewat.

Pada saya, hari Isnin adalah hari yang agak sibuk selain hari Jumaat. Mungkin permulaan minggu jadi kena recall balik apa yang telah berlaku minggu lepas.

Mungkin jugak keletihan disebabkan oleh  aktiviti ketika hujung minggu. 

Walau apapun alasan, tanggungjawap mesti dilaksanakan dan tidak wajar menggunakan pelbagai alasan untuk menutup kelemahan diri samada dari segi emosi mahupun fizikal. 

Kerja itu satu ibadat. 



16 Jun 2013

Recycle recycle

Projek cuti sekolah anak sulung..

Along : Mama, cikgu ade suruh buat projek  recycle barang- barang terbuang untuk cuti kali ni
Mama : buat la..
Along : Mama bagi la idea, along takde idea ni
Mama : la...along yang sekolah kan..
Along : Along tak tau nak buat ape, along tak reti dan tak kretif la mama..
Mama : cari la idea kat internet dulu

Along : Lampu lantern , bekas alatulis, bla bla...... yang mane ok ni mama
Mama: terpulang la mane yang  senang buat
Along : jom la buat sama-sama, along tak pandai ni...

Pernah tak berada dalam situasi macam ni? Projek sekolah anak menjadi projek sekolah mak dan ayah. Semua kena tolong buat dari A to Z. Kala tak support memang tak jalan la projek semua tu.

Setelah beberapa kali revised dan amend, akhirnya berjaya jugak submit projek on time.

Bunga dari botol plastik air mineral dan lilin sebagai nilai tambah.




Tadaaaaaaaaa.....

     
        

  
    
    

  Not bad kan....:)


    




           




Simple, janji homemade



Alhamdulillah, walaupun simple sangat tapi bertambah jugak hubby makan.

Simple, tapi yang penting masak sendiri dan makan panas-panas.


Menu hari ni, masak lemak putih terung dan ulam petai bersama ikan goreng dan ayam goreng. Ermmmm...makan panas-panas.

Biskut raya

Bulan puasa belum pun muncul lagi tapi perang katalog biskut raya dah pun bermula. 

Di FB, di ofis, di taman perumahan, macam2 katalog dengan pelbagai jenis biskut dan pelbagai harga. Tunggu pilih mane yang berkenan sesuai dengan selera dan bajet poket masing2.

Senangkan sekarang..semua dihujung jari saja. Tak perlu nak susah2 nak buat, order sahaja.

Tapi saya biasa nyer last minute baru decide nak biskut ape. Kalau perlu, buat sendiri je sikit2.lagipun famili tak gemar sangat makan biskut raya ni.

Bagi penggemar biskut raya, cepat2 order yer..oh ya ape biskut femes taun ni yuppp????

Kemalangan di highway elit menuju klia


Al-Fatihah untuk mangsa yang terlibat. Semoga roh ditempatkan bersama orang yang beriman. Takziah untuk keluarga mangsa.






Kepada peminat dan penunggang motor besar, sentiasa berwaspada selalu dan ingatlah orang yang tersayang...

15 Jun 2013

Clearance stock


Salam sejahtera semua.....

Hari sabtu adalah hari cuti rehat tetapi tak ramai yang berehat kat rumah sebenarnya. 

Kebiasaan hujung minggu akan penuh la soping mall dengan pengunjung yang tak pernah putus sehingga waktu operasi berakhir.

Tambah-tambah sekarang ni dah masuk bulan puasa. Ramai yang mengambil kesempatan membuat persediaan awal menyambut raya. Tambahan sale pun dah makin menjadi-jadi walaupun bulan puasa belum pun bermula.

Minggu lepas kami jugak tidak ketinggalan mengunjungi SOGO. 

Sempat la beli sepasang dua untuk anak-anak. Nanti hanya perlu top up mane yang patut je lagi.

Lagipun anak-anak sedang membesar, tak perlu beli banyak-banyak sekaligus.

Elakkan MEMBAZIR...