Hari ni apabila terbaca berita tentang seorang pengacara yang kritikal kerana dijangkiti virus air kencing tikus , tetiba teringat pada kisah benar seorang pekerja subcont Bangla yang juga meninggal disebabkan virus yang sama pada 2 bulan yang lepas. Apa yang kelakar nyer, ( mmg x patut rasa kelakar pun !) setiap kali pekerja ini datang untuk mintak kebenaran mendptkan rawatan , kitaorg ingat dia hanya demam biasa je. Maklum la mmg pekerja Bangla ni suka menipu dan mengada2 . Bila dtg mntk medical chit , kami kt HR akan buat muka cuak je. Buat note demam biasa je. Hampir 2 minggu this worker asyik MC je so kami mntk doktor kt panel clinic buat refer letter ke Hospital Kajang. Bila masuk hospital , hari ke 2 kitaorg semua terkejut bila dpt berita this worker passed away malam tadi. Hahh .... tergezut nyer aku.. sungguh x disangka yang dia terkena virus dari air kencing tikus..Itu la pertama kali aku dengar tentang penyakit ni.. mmg bahaya betul virus dari tikus ni.
Selepas hari tu , bila ada pekerja yang demam lbh dari 2 hari , kita orang lebih hati2 skt. Cepat2 refer ke doktor utk buat refer letter ke hospital.. Ramai pekerja pun dah takut dan yang geram tu bila deman je terus nak jumpa doktor. Huh hh lagi mengada2 pun ada.
Moral nyer , kena jaga kebersihan makanan kita.
Jangan ambil remeh bila terkena demam melebihi 2 hari.