Sahabat

http://www.mybannermaker.com
Graphics

4 Jan 2016

Doa buat seorang teman


Ya Allah...
Dengan kerendahan hati 
Seorang hambamu yang penuh khilaf
Memohon seikhlas hati
Pelihara dan kasihanilah temanku
Dikala aku tak mampu menjaganya
Sayangi dan kasihanilah temanku
Dikala aku tak mampu membuktikannya
Dengan pelukan dan belaian yang nyata
Muliakan dan martabatkanlah temanku
Dikala aku tak mampu menghargainya dengan kata-kata yang biasa
Kerana segalanya adalah milikmu
Kerana aku hanya insan biasa tak punya apa-apa..terkongkong dan terpenjara

Berbahagialah teman...doaku dari jauh dengan hati yang tulus ikhlas


3 Jan 2016

Come back again and Happy New Year

Assalamualaikum teman..

Sudah lebih setahun tinggalkan blog ini dan setelah melalui up and down, kini saya kembali untuk teruskan coretan di sini yang akan tersimpan seribu cerita kehidupan  selagi nafas masih dipinjamkan oleh Sang Pencipta yang maha berkuasa.

Tahun 2016 baru saja munculkan diri setelah 2015 terlipat kemas sebagai memori.Setiap kali munculnya tahun baru semestinya membawa bersama sebuah harapan..

Harapan dan doa saya mungkin sama jugak dengan teman2...mengharapkan sebuah kehidupan yang lebih baik  , tenang dan penuh kasih sayang beserta dengan anugerah kesihatan sehingga ke nafas terakhir..

Bahagia...tidak ada seorang pun yang tidak ingin bahagia kan. Apalah ertinya hidup dan umur yang panjang tetapi tiada nikmat  bahagia yang dikecapi. Tanpa rasa bahagia umpama tiada kehidupan. Untuk rasa nikmat bahagia bukan la suatu yang mudah, yang datang tetiba tanpa usaha. Seperti pesan bijak pandai..bahagia perlu dicari dan diusahakan..

Kesihatan..adalah suatu anugerah yang tidak ternilai dalam sebuah kehidupan. Tidak ada  hamba di dunia ini yang ingin diduga dengan kesakitan dan penyakit kronik yang bakal berakhir dengan tragedi airmata. Betapa hidup ini tidak sentiasa mudah untuk dilalui.Selagi boleh jagalah dan usahalah untuk hidup secara sihat.

Kewangan..penting untuk kelangsungan hidup dan kelesaan serta mampu membawa kebahagiaan. Seringkali disalah tafsir kewangan dengan materialistik. Bagi saya yang cetek ilmu dan penghayatan , kewangan yang baik perlu untuk mencari bahagia dan sebagai insan kita perlu berusaha untuk memberi yang terbaik, semampu mungkin untuk bahagiakan orang kesayangan kita bersama kasih sayang yang tidak perlu diragui..

Selamat Tahun Baru teman2..semoga kita menjadi insan yang lebih baik. Sama2 lah kita bukak buku baru dengan semangat baru dan jadikan liku2 hidup semalam sebagai panduan..

😀

20 Apr 2014

Godaan lelaki pendera

Cinta itu buta dan wanita sentiasa tertipu dengan sikap gentleman di fasa percintaan. Dalam berhati- hati pun kadang masih juga tidsk mampu mencari kejelekan dan watak sebenar teman lelaki yang disanjungi..

Bagi wanita yang sedang asyik bercinta di luar sana, perhatikan ciri-ciri berikut pada pasangan anda.

Terlebih romantis?
Terburu-buru dalam hubungan?
Asyik berbicara tentang diri sendiri?
Cemburu buta dan mengongkong?
Terlalu emosi?
Sering merendah- rendahkan diri anda?
Tidak boleh dibantah atau dibangkang?
Murah dengan perkataan maaf?
Sentiasa menyalahkan orang lain?
Suka memujuk dengan memberi hadiah selepas memarahi anda?
Hubungan kekeluargaaan yang tidak rapat?
Mempunyai sejarah yang disembunyikan?
Memberi peringatan seperti ANCAMAN?

Sila hati-hati dan fikir sedalam- dalamnya sekiranya pasangan anda mempunyai ciri- ciri seperti di atas..

Sumber: Harian Metro


13 Apr 2014

Weekend in my kitchen

Hi readers..

Akak sempat update blog time hujung minggu je dan memang hujung minggu je datang idea apa  yang nak diletakkan kat blog ni...
Recently, keje memang hectic dan penat sangat. Sampai rumah dah kering langsung idea untuk berblog..dan apabila jumpa je bantal terus je terlelap tanpa sempat bermimpi..

Minggu ni, akak sempat masakkan pulut kuning dan kerutuk ayam. Tiba2 teringin bila tengok kat FB kawan. 

Pulut kuning yang semengah sangat, lembik sikit hehe..
Kerutuk ayam... Alhamdulillah anak2 suka..

Tembikai kuning sebagai pencuci mulut.

Walaupun nasi agak lembik tapi bila dah sejuk, nampak ok je dan rasa pun sedap je...#anak2ckpsedap#

6 Apr 2014

Oat choco

Hi semua...

Bekfes apa ye pagi ni???

Kat luar cuaca masih lagi sejuk tu, mood mcm malas nak bangun lagi ni.

Ermmm.. Apa kata kita bekfes dgn oat sajo la hari ni!!! Kita tengok boleh kenyang tak.


23 Mac 2014

Cheezy potato ball

Akhirnya, setelah asyik melihat hasil tangan kawan- kawan, berjaya juga membuat sendiri cheezy potato ball sla-ala kat kfc tu.

Alhamdulillah.. Syukur anak-anak suka.


Lain kali boleh buat lagi. Lagipun ringkas je cara membuatnyakan.

Resepi nya dari mr google. 

30 Jan 2014

Lawak suami isteri

Jom hilangkan stress

Text communication within a romantic wife with typically unromantic husband;

Wife     :  If you are sleeping, send me your dreams,
                If you are laughing, send me your smile
                If you are eating,send me a bite
                If you are drinking, send me a sip
                If you are crying, send me your tears, I LOVE YOU!

husband:  I am in  the toilet, please advise.....

😀😀😀😀😀😀😀😀😀😀😀